gua blog.com

Tuesday 31 January 2012

Bukti Cinta by shino(original)



BUKTI CINTA LYRIC

berikan la ku sedikit waktu
untuk ku melafazkan kata cinta ku
berikan la ku keprcayaan
untuk ku membukitikan ketulusan cintaku
kepadamu

c/o
hanya seketika waktu berlalu
ku terpaut pada keayuaan mu
oh engkau la
dewi hatiku
dari lirik mata ku memandang
hingga membuatku terpesona
oh engkau la
dewi hatiku

biarkan la bulan dan bintang
menjadi saksi cinta kita
biarkan la masa berlalu
menjadi memori....
cinta kita.. by (shino sleepy)


layan ja dengaq lagu ni best juga

Monday 16 January 2012

Saturday 14 January 2012

ERTI KEBAHAGIAAN




ADAKAH KITA ASIK TERMENUM NASIB KITA???
MERENUNG JAUH MEREKA DI SANA HIDUP PENUH KESERONOKAN DAN KEGEMBIRAAN????
 NAMUM KITA MASIH TIDAK SEDAR TENTANG HAKIKAT ERTI KEBAHAGIAAN,YG SEBENAR

 ramai org yg tersalah sangka  tentangan maksud ketenangan dalam hidup,
selalu owg mengaiTkan ketenagan itu dengan faktor harta, faktor kekayaan
walaupown itu bleh jd penyumbang....tp itu bkn segalanya....,
btapa ramai owg yg brada rumah yg besar.....tdur di atas katil yg empuk.....,
tp dia tidak enak atau pun lena tidak nyenyak.....
bah kan ada owg yg tidur di pondok buruk  kadang kadang dia lebih lena berbanding kita...,
ada owg yg berada di hadapannya hidangan yg hebat...lauk pauk yg bagus...tetapi lidahnya tidak enak...
lebih enik lagi owg yg makan kadang kadang satu dua mata lauk...


kata hamka"lihat lah bagai mana allah membahagi bahagikan nikmat"

semua owg sangka kalau owg ituada rmh besar ada makan yg sedap....

tentulah hidup bahagia dan tenang,

BELUM TENTU!!!!!!!!!!!!!!


PETIKAN DARI CERAMAH DR MOHD  ASRI ZAINAL ABIDIN

~SENYUM~

  1. senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
  2. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung
 





so senyum la lalu :)

myMetro | Kenari perlu elak kesilapan

KEDAH VS Lions XII

myMetro | Kenari perlu elak kesil apan

12 BARISAN DI PADANG MAHSYAR

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. mengadap Rasulullah S.A.W. LALU bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T. iaitu "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18
Mendengar pertanyaan itu, Baginda S.A.W. menangis lalu basah pakaian baginda dengan air mata seraya menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri".

Maka baginda menyatakan apakah 12 barisan tersebut:

BARISAN PERTAMA - Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah S.W.T. Yang Maha Pengasih, "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka".

BARISAN KEDUA - Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah S.W.T. Yang Maha Pengasih, "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka".

BARISAN KETIGA - Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. Datanglah suara dari sisi Allah S.W.T. Yang Maha Pengasih, "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka".

BARISAN KEEMPAT - Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. Datanglah suara dari sisi Allah S.W.T. Yang Maha Pengasih, "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka".

BARISAN KELIMA - Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. Datanglah suara dari sisi Allah S.W.T. Yang Maha Pengasih, "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka".

BARISAN KEENAM - Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. Datanglah suara dari sisi Allah S.W.T. Yang Maha Pengasih, "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka".

BARISAN KETUJUH - Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. Datanglah suara dari sisi Allah S.W.T. Yang Maha Pengasih, "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka".

BARISAN KELAPAN - Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. Datanglah suara dari sisi Allah S.W.T. Yang Maha Pengasih, "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka".

BARISAN KESEMBILAN - Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. Datanglah suara dari sisi Allah S.W.T. Yang Maha Pengasih, "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka".

BARISAN KESEPULUH - Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. Datanglah suara dari sisi Allah S.W.T. Yang Maha Pengasih, "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka".
BARISAN KESEBELAS - Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. Datanglah suara dari sisi Allah S.W.T. Yang Maha Pengasih, "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka".

BARISAN KEDUA BELAS - Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih, "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih".

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...