gua blog.com

Monday, 24 October 2011

pening kepala????

cuba buka Microsoft Word. taipkan dalam huruf besar, Q33 NY (no. pesawat langgar WTC). tukar saiz font tu kepada saiz 48. Highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada font WINGDINGS

Friday, 21 October 2011

cinta


jika kita mencintai kerana dia pandai, itu bukan cinta tetapi kagum, jika kita mencintai kerana dia cantik/hensem, itu bukan cinta tetapi nafsu, jika kita menyintai kerana takut dia sakit hati, itu bukan cinta tetapi kasihan, jika kita menyintai kerana dia baik, itu bukan cinta tetapi rasa terima kasih, tetapi jika menyintai tanpa kita tahu apa sebab kita menyintainya, itulah cinta yang sesungguhnya, cinta sejati yg lahir dari hati . moga kita ditemukan dengan CINTA itu.

kehidupan kita di dunia ini

Hidup di dunia umpama layang-layang di langit takdir. Kita terbang tinggi, rendah, dekat, jauh, hanya di lembayu iradatNya. Kita akan terus terbang selagi ada angin dibekalkan, selagi kertas tidak koyak,selagi rangka masih kukuh. Tapi apabila tali telah putus, turunlah dengan REDHA, Kita tidak berhak untuk terus ‘terbang’ sekiranya maut menjemput pulang

kisah bayi




Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”
Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”
Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”
Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’
Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”
Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :
Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Thursday, 20 October 2011

hamba allah


Adalah sorg hamba Allah nie, dia pergi bersiar² di tepi hutan.. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tue, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng! jeng! jeng! bunyi.. aauuummmm !!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.. Jadi, si hamba Allah nie
pun lari utk menyelamatkan diri.. Harimau tue kejar hamba Allah nie sebab dia dah lapar sangat..


Harimau tue pun kejar, kejar, kejar dan kejar.. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang-pukang.. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan drpd di baham dek harimau tadi.. Dgn kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya.. Jadi utk menyelamatkan diri si hamba Allah nie pun terjunlah ke dlm perigi tue..


Perigi tue ada tali dan sebuah timba.. Si hamba Allah nie bergayut pada tali tue.. Tali tue pendek ja.. Jadi dia bergantungan di tengah² perigi.. Di mulut perigi, harimau yg lapar tue menunggunya.. Si hamba Allah nie pun berfikirlah mcm mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kpd Allah agar dia diselamatkan.. Tgh dok berfikir cam na nak selamat diri, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi..

Aaaaa !!! Ya Allah.. Lagilah seram di buatnya.. Nak tahu ada apa Kat bawah tue ?? Ada dua ekor buaya yg kelaparan.. Apalah nasib.. Sudah jatuh ditimpa tangga.. Lagilah takut si hamba Allah nie.. Atas ada harimau bawah ada buaya.. Semakin risau dan takut.. Tgh berfikir utk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah² perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tue sedang bergayut.. Sampai kat atas tikus tue gigit tali tue pulak.. Cis !! Kurang ajar punya tikus..


Alahhhh.... cam na nie.. Pas tue, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam.. Naik mengikut tali tadi, cit !cit ! cit !cit ! Sampai kat atas.. Tikus hitam nie pun gigit juga tali tu.. Cis !! Lagi satu.. Mcm mana aku nak buat nie.. Habislah jadi mangsa buaya..

Berfikir lagi.. Kalau naik kat atas kena makan dek harimau.. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah kena makan dek buaya.. Macam mana nie.. Sedang hamba Allah tue berfikir cam na nak selamatkan dirinya, tetiba terdengar satu bunyi.. Uuuuuuuuuuuuu.. bunyi lebah bawa madu.. Si hamba Allah nie pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu..


Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah nie tadi.. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.. Hamba Allah tue berkata, "Fuhhh !! Manisnya madu nie, tak pernah aku rasa manisnya nie.. Sedapnya.. Subhanallah sungguh sedap nie.." Kerana setitik madu si hamba Allah tue lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah..

"... si Hamba Allah tue adalah kita semua.. Harimau yg mengejar tue adalah maut kita.. Ajal memang sentiasa mengejar kita.. So, beringat² laa.. Dua ekor buaya tue adalah malaikat Munkar dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.. Tali yg tempat si hamba Allah tue bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita..Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yg sentiasa menghakis umur kita.. Kan tikus tue gigit tali tadi tue.. Madu.. Madu yg jatuh setitik ke dlm mulut hamba Allah tue tadi adalah nikmat dunia.. Bayangkan setitik saja madu tue jatuh ke dlm mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tue.. Mcm kita laa bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah.. Waktu susah baru laa nak ingat Allah.. Astaghfirullah..."
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah R.A berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan..."

1. Aku telah melihat seorang daripada umatku telah didatangi oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBU BAPANYA.

2. Aku melihat seorang daripada umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka dia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan menggunakan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan ke dalam mulutnya dan dikeluarkan rantai tersebut melalui duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi oleh kerana SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dia dihalang daripada meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T memberinya minum hingga dia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpin ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.

7. Aku melihat seorang daripada umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T lalu menabir muka dan kepalanya daripada bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKAN PESANKU KEPADA YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...